Logo zakat

Tunaikan Kewajipan Zakat Anda.

وَأَقِيمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُوا۟ ٱلزَّكَوٰةَ

Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat.” [Surah al-Baqarah: 43]

Mudah Selamat Dipercayai

Transaksi boleh dibuat melalui

Maybank 01.png
Cimb 01
Affin 01
Bank islam 01
Hsbc 01
Alliance bank 01
Ambank 01
Uob 01
Ocbc 01
Bank rakyat 01
Cara pembayaran

Bayar Zakat Secara Online

Semudah 1, 2, 3.

Asset 19

1. Isi Maklumat Pembayaran

Asset 15

2. Pilih Kaedah Pembayaran

Asset 14

3. Resit Bayaran Zakat

Isi borang di bawah & bayar zakat hari ini.

Bayar Zakat
orang
RM
RM

Maklumat Pembayar

Isikan maklumat pembayar dengan lengkap.


Mudah Selamat Dipercayai

Testimoni

Terima kasih MATAN dalam membantu urusan zakat saya, Alhamdulillah, proses yg cepat dan 5 bintang. Saya berbesar hati atas bantuan yang diberi.

Puan Zahirah

Subang Jaya

Alhamdulillah, selesai tukarkan cukai kepada bayar zakat di MATAN. Saya niatkan pahala ini kepada kedua arwah ayah dan mak saya.

Encik Nasir

Kuala Selangor.

Sejak saya tahu boleh memberi faedah kepada yayasan, saya berniat nak bayar disini insyaAllah, sebab tu saya nak kepastian supaya yayasan dapat benefit daripada zakat ini InsyaAllah.

Puan Rastina

Shah Alam

Soalan Lazim

Selepas pembayaran zakat dibuat, resit zakat akan dihantar oleh Amil kami melalui Whatsapp atau Emel anda.


Ya, Bagi pembayar zakat individu, Slip Pengesahan Bayaran ini boleh dikemukakan kepada LHDN bagi tujuan tuntutan rebat cukai di bawah Seksyen 6A (3), Akta Cukai Pendapatan .1967

Terdapat dua garis panduan mengira zakat pendapatan sama ada:

  1. 2.5% atas jumlah pendapatan kasar setahun (jika pendapatan tersebut melebihi nisab)

    atau

  2. Membayar zakat setelah menolak perbelanjaan asas yang dibenarkan (berdasarkan kaedah penolakan Had Kifayah dan penolakan yang dibenarkan). Ini adalah kiraan lebih tepat.

Ia telah diwartakan pada 9 Mei 2002 di bawah Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989 yang berbunyi:

Zakat pendapatan hukumnya adalah wajib ke atas umat Islam.
Semua umat Islam yang [nggal atau bekerja di Selangor hendaklah membayar zakat pendapatan kepada Pusat (Lembaga) Zakat Selangor.

Kadar zakat adalah sebanyak 2.5% berasaskan tahun Qomariah dan 2.577% berasaskan tahun Masihi.

Zakat Pendapatan wajib dikeluarkan zakat berdasarkan syarat-syarat berikut:

  1. Islam
  2. Pemilikan sempurna
  3. Harta yang berkembang
  4. Cukup nisab
  5. Cukup Haul
  6. Melebihi Keperluan Asasi

    Walaubagaimanapun haul [dak disyaratkan ke atas al-Mal al-Mustafad. Athar sahabat dan tabi’in(Abdullah bin Abbas, Abdullah bin Mas’ud, Mu’awiyah bin Abi Sufyan, dan Umar bin Abdul Aziz)

    Maksudnya :“Seseorang yang memperolehi al-Mal al-Mustafad wajib zakat semasa diperolehi.”

Apakah pengertian zakat pendapatan?

Zakat pendapatan terbahagi kepada empat dan berikut merupakan penger[an zakat pendapatan (Al Mal Al Mustafad)
i. Zakat Harta Penggajian dan Upah Kerja
Ia bermaksud “Harta yang diperolehi oleh seseorang hasil daripada pekerjaan yang dilakukannya untuk pihak lain sama ada kerajaan, swasta atau individu dengan melakukan sebarang usaha dalam bentuk fizikal, sumbangan idea atau kedua-duanya dalam tempoh yang dipersetujui bersama, sama ada secara tahunan, bulanan, mingguan, harian atau jam.” Contoh :

(a) Gaji
(b) Upah
(c) Bonus
(d) Tuntutan Kerja Lebih Masa
(e) Gratui[
(f) Pampasan
(g) Pencen
(h) Hadiah, anugerah & insen[f
(i) ESOS (Skim Pilihan Saham Pekerja)
(j) Apa-apa yang bersumberkan perkhidmatan atau penggajian.
Walau bagaimanapun, pendapatan dari sumber-sumber berikut [dak perlu dizakat kerana ianya [dak termasuk di dalam kategori pendapatan. Sebaliknya ia diperolehi sebagai gan[ pendahuluan kos yang terpaksa ditanggung oleh individu dalam menjalankan tugas atau kerja yang dilakukan. Pendahuluan tersebut dibayar menggunakan gaji pekerja yang telah dibayar zakat. Sekiranya diwajibkan zakat, maka akan berlaku zakat sebanyak 2 kali. Contoh :
(a) Tuntutan Lojing
(b) Tuntutan Ke Luar Negara
(c) Tuntutan Keraian
(d) Tuntutan Perbatuan
(e) Tuntutan-tuntutan lain yang berkaitan dengan pekerjaan
ii. Zakat Harta Pemberian Atau Sumbangan
Ia bermaksud “Harta yang diperolehi oleh seseorang bukannya hasil daripada pekerjaan yang dilakukannya. Ia merupakan pemberian yang diterima samada daripada individu atau ins[tusi dalam tahun semasa ”
Contoh :
(a) Hibah
(b) Hadiah
(c) Saguha[
(d) Pencen Pasangan
(e) Sedekah
(f) Pampasan
(g) Harta Pusaka
(h) Harta Wasiat
(i) Mahar Perkahwinan

Dalam kes penerimaan harta pusaka / wasiat, ianya dikenakan zakat apabila harta tersebut dalam bentuk tunai dan seumpamanya.Manakala penerimaan harta pusaka dalam bentuk harta tetap (al ‘aqar) atau harta yang [ada zakat pada ‘ainnya, maka [dak perlu dikenakan zakat.

iii.Zakat Harta Hasil Kerja Bebas
Iaitu harta yang diperolehi oleh seseorang hasil daripada pekerjaan yang dilakukannya sendiri tanpa ada kaitan dengan pihak lain dalam bentuk kerja bebas atau perkhidmatan profesional.
Contoh :
(a) Bayaran perkhidmatan konsultansi profesional.
(a1) Bayaran kepada peguam atas khidmat guaman yang diberikan.
(a2) Bayaran kepada arkitek atas khidmat yang diberikan.
(a3) Bayaran kepada doktor klinik swasta atas rawatan yang diberikan.
(b) Bayaran projek yang diterima oleh kontraktor.
(c) Keuntungan projek bermusim.
(d) Komisyen dan Residual income – pendapatan dari jualan insuran, takaful, unit trust, broker dan seumpamanya.
(e) Bayaran royalatau komisen yang diterima daripada hasil penulisan, penerbitan, aktivitiseni dan sebagainya.
iv. Zakat Hasil Harta Mustaghallat
Iaitu segala harta yang diperolehi daripada harta yang [dak diwajibkan zakat tetapi mendatangkan pulangan atau pendapatan dengan cara sewaan atau jualan hasilnya. Contoh :
(a) Hasil sewaan rumah, bangunan, kilang, premis perniagaan dan sebagainya.
(b) Hasil sewaan kenderaan atau pengangkutan.
(c) Hasil sewaan peralatan, aset atau sebagainya.
(d) Hasil yang dikeluarkan oleh binatang ternakan seper[ susu, telur, madu dan sebagainya yang dijual.

Perlukan bantuan?

Amil Bertauliah sedia menjawab soalan dan membantu anda membuat pembayaran zakat.

Logo zakat 01

Maahad Tahfiz An Nabawi

Kami adalah Penolong Amil Bertauliah dari Lembaga Zakat Selangor. Berzakat kini lebih
 Mudah     Selamat    Dipercayai

zakat@tunaizakat.com.my
+60 14 – 920 0024

No 23-3m Jalan Pegaga B U12/B Desa Alam, Seksyen U12, 40170 Shah Alam, Selangor Isnin – Jumaat – 8.00am – 5.00pm