Utama – Tunai Zakat >> Zakat Pendapatan
Pembayaran Zakat Pendapatan
Nisab Zakat Pendapatan
|
Tahun
|
Bulan
|
Harga (RM)
|
2025
|
Julai - Disember
|
35,449.00
|
|---|---|---|
|
2024
|
Januari - Jun
|
24,007.00
|
|
2023
|
Julai - Disember
|
23,035.00
|
Kalkulator Zakat Pendapatan
“Inilah wang sebanyak RM…………. sebagai menunaikan Zakat Pendapatan yang wajib ke atas diri saya / pihak yang saya wakil untuk tahun…………. kerana Allah Ta’ala.”
Penerangan
Zakat Pendapatan
Seorang Muslim, apabila cukup syarat wajib baginya, perlu membayar zakat pendapatan setiap tahun ke atas segala perolehan wang atau gaji untuk tahun itu. Malahan, kepentingan membayar zakat dapat dilihat dalam Rukun Islam sendiri, iaitu Rukun Islam keempat: Kewajiban membayar zakat (bagi mereka yang berkemampuan).
Tentunya terdapat banyak kelebihan diwajibkan membayar zakat. Ia mempunyai kebaikan untuk kedua-dua pihak individu serta masyarakat dan ummah. Antara kelebihan zakat termasuk:
Fatwa Zakat Pendapatan
Sebenarnya, terdapat dua jenis zakat pendapatan, di mana seseorang individu perlu membayar salah satu atau mungkin kedua-duanya sekali jika cukup syarat nisab zakat.
Jenis yang pertama adalah zakat gaji. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-56 yang bersidang pada 7 Mei 2003 telah membincangkan ‘Zakat Gaji Beserta Kadarnya‘. Hasil perbincangan, muzakarah telah memutuskan bahawa asas pengiraan zakat pendapatan dan gaji adalah berdasarkan kepada pendapatan kasar setahun dan nisab zakat yang dikenakan ialah sebanyak 2.5% daripada jumlah pendapatan tersebut.
Jenis yang kedua pula adalah zakat pendapatan professional, iaitu bagi individu tanpa pekerjaan kerja tetap (freelance) jadi tidak memperoleh pendapatan bulanan. Jenis individu ini contohnya seperti perunding bebas, penulis buku, pengacara majlis, pelakon, dan sebagainya.
Bagi pendapatan professional, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-31 dan Muzakarah Khas yang bersidang pada 9 Disember 1992 telah membincangkan “Zakat Gaji & Zakat Pendapatan Professional“. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
Kami adalah Penolong Amil Bertauliah dari Lembaga Zakat Selangor. Berzakat kini lebih
✔ Mudah ✔ Selamat ✔ Dipercayai
zakat@tunaizakat.com.my
+60 14 – 920 0024
No 23-3m Jalan Pegaga B U12/B Desa Alam, Seksyen U12, 40170 Shah Alam, Selangor Isnin – Jumaat – 8.00am – 5.00pm