Utama – Tunai Zakat >> Zakat Fitrah

Kira & Tunai Zakat Fitrah Anda Disini

Pembayaran Zakat Fitrah

Muslim man giving zakat charity for eid mubarak at the mosque

Kalkulator Zakat Fitrah

Niat Zakat Fitrah

“Inilah wang sebanyak RM…………. sebagai menunaikan Zakat Fitrah yang wajib ke atas diri saya / pihak yang saya wakil untuk tahun…………. kerana Allah Ta’ala.”

Penerangan

Bayar Zakat Fitrah Online

Menjelang hari raya Aidilfitri, semua muslim bergembira. Namun, dalam bergembira, jangan lupa untuk bayar zakat fitrah online jika anda masih belum melakukannya pada hari-hari terakhir bulan Ramadan. Ia menjadi tanggungjawab setiap Muslim lelaki dan perempuan untuk menunaikan kewajiban ini kerana ada juga golongan kurang bernasib baik yang mungkin tidak dapat meraikan Hari Raya Aidilfitri dengan sempurna disebabkan kekangan kewangan.

Apa itu Zakat Fitrah?

Zakat fitrah adalah bayaran wajib oleh muslim yang perlu dibuat sebelum atau di pengakhiran bulan Ramadan yang merupakan sejenis aktiviti sedekah. Biasanya zakat ini dibayar kepada pegawai kutipan zakat negeri, ataupun amil lantikan sah, secara fizikal. Namun pada zaman moden ini anda juga boleh membuat bayaran secara online. Boleh dibuat di mana-mana negeri bermaustatin seperti SelangorKelantan ataupun Johor.

Bayaran zakat fitrah mula diwajibkan pada tahun kedua Hijrah, iaitu tahun yang sama umat Islam diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadan. Tujuannya adalah untuk menyucikan diri daripada perbuatan dan kata-kata buruk yang mungkin kita lakukan semasa berpuasa. Di samping itu, hasil kutipan pula digunakan untuk menyempurnakan sambutan Aidilfitri buat golongan yang layak menerima bantuan seperti golongan fakir miskin dan yang kurang bernasib baik. 

Oleh kerana zakat fitrah berkait rapat dengan bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya, maka waktu untuk membayar zakat ini juga adalah pada waktu tertentu dan jangka masanya agak pendek. Menurut Imam Syafi’i, pembayaran boleh mula dibuat pada hari pertama bulan Ramadan. Namun, adalah lebih afdal jika ianya dikeluarkan pada dua hari terakhir bulan Ramadan. Waktu terakhir untuk membayar zakat adalah selepas terbenam matahari pada akhir bulan Ramadan (jatuh wajib sudah dibayar zakat) sementara adalah haram untuk membayarnya selepas terbenam matahari pada hari raya Aidilfitri. 

Jika anda mahu membuat bayaran zakat fitrah dengan cepat dan mudah pada dua hari terakhir bulan Ramadan, cara paling senang adalah dengan membayarnya secara online atau atas talian.

Logo zakat 01

Maahad Tahfiz An Nabawi

Kami adalah Penolong Amil Bertauliah dari Lembaga Zakat Selangor. Berzakat kini lebih
 Mudah     Selamat    Dipercayai

zakat@tunaizakat.com.my
+60 14 – 920 0024

No 23-3m Jalan Pegaga B U12/B Desa Alam, Seksyen U12, 40170 Shah Alam, Selangor Isnin – Jumaat – 8.00am – 5.00pm